[Company Logo Image]

Home Up

Berita 5
Sejarah ] Logo ] Ahli ] Organisasi ] Jasamu dikenang ] AJK  04 -05 ] AKTIVITI  2004 - 05 ] Pautan Utama ] Akhbar ] Suara PPSM ] Contents ]

 

 

Home
Up

Pegawai diminta lebih berhemah

(Berita Harian - 9/9/03)
 
PEGAWAI penyiasat atau penguat kuasa undang-undang syariah di negara ini perlu melaksanakan tanggungjawab dengan berhemah dalam melaksanakan fungsi amar makruf nahi mungkar bagi menjaga keamanan dan kesusilaan rakyat.

Ketua Pendakwa Syarie Sabah, Sakaria Semela, berkata dalam melaksanakan tugas, penguat kuasa undang-undang bertanggungjawab menjaga keamanan dan kesusilaan rakyat serta memelihara hak dan maruah orang yang disiasat.

Katanya, sebagai penegak undang-undang dan mempunyai matlamat tugas yang murni, seseorang yang hendak dilantik ke jawatan itu perlu memiliki syarat tertentu antaranya, akil baligh, Islam, dilantik pemerintah, adil, berilmu (faham hukum syarak dan undang-undang semasa) dan berkeupayaan (sihat tubuh badan dan pancaindera).

“Pegawai penyiasat atau penguat kuasa undang-undang syariah perlu berhemah dalam menjalankan siasatan yang bertujuan menentukan sama ada laporan diterima benar atau palsu kerana tanpa penyiasatan rapi mungkin tindakan diambil mendatangkan implikasi.

“Antara implikasinya mereka mungkin membuat serbuan ke tempat salah atau orang berkenaan tidak melakukan kesalahan,” katanya dalam kertas kerjanya Prinsip Siasatan dan Tangkapan Menurut Perspektif Islam.

Beliau berkata, penyiasat dan penguat kuasa bukan hakim tetapi mereka adalah pihak yang menguatkuasakan undang-undang dan melaksanakan keputusan yang dikeluarkan mahkamah atas sesuatu kes.

Sakaria berkata, dalam konteks penguatkuasaan undang-undang syariah di negara ini, Pegawai Penguat kuasa Agama dan Pendakwa Syarie melaksanakan tanggungjawab seperti Muhtasib dalam institusi Al-Hisbah yang wujud pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiah dan kerajaan Islam selepasnya.

Katanya, mereka adalah pegawai awam yang dilantik dan diberi upah oleh pemerintah untuk memastikan semua undang-undang mengenai hal-ehwal Islam dipatuhi.

 

Home ] Up ]

Send mail to ppsm2000@yahoo.com with questions or comments about this web site.
Copyright © 2001 PERSATUAN PEGAWAI SYAR'IAH MALAYSIA
Last modified: August 06, 2005