[Company Logo Image]

Home

Sejarah
Persatuan Pegawai Syari'ah Malaysia ]

 

 

Home

 

Sejarah Penubuhan Persatuan

Persatuan Pegawai Syar'iah Malaysia dilahirkan atas cetusan idea kira-kira tiga puluh orang Pegawai Syariah dari seluruh pelusuk Malaysia pada akhir Kursus Undang-undang Keterangan di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan Malaysia (ILKAP) di Kuala Lumpur pada 6 -9 Okt. 1997.

    Idea ini telah dipanjangkan  ke dalam Muzakarah Ketua-ketua Hakim Syarie Se Malaysia pada 19 hingga 21 Feb. 1998 di Tiara Hotel, Langkawi Kedah. Draf perlembagaan persatuan digubal dan Jawatankuasa Penaja Persatuan dilantik.

    Tindakan mendaftarkan Persatuan ini telah dibuat oleh Jawatankuasa Penaja dan pada 19 Jun 1998 pendaftarannya telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftarannya ialah 770. Persatuan ini telah diwartakan pendaftarannya melalui Warta Kerajaan seri Paduka baginda Jil. 42 bertarikh 13 Ogos 1998 dengan No. 7635. 

    Mesyuarat Agung Persatuan diadakan pada setiap tahun. Ia diadakan pada masa yang sama dengan Persidangan Tahunan Pegawai Syariah seluruh Malaysia yang di anjurkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

 

 

Home ]

Send mail to ppsm2000@yahoo.com with questions or comments about this web site.
Copyright © 2001 PERSATUAN PEGAWAI SYAR'IAH MALAYSIA
Last modified: August 06, 2005