[Company Logo Image]

Home

Logo
Persatuan Pegawai Syari'ah Malaysia ]

 

 

Home

Lambang Persatuan terdiri dari:

  1. Dacing yang terletak di atas bentuk kitab dan ditegakkan dengan sebilah keris berwarna hijau. Lambang ini bermakna tanggungjawab Pegawai Syariah keseluruhannya ialah menegakkan keadilan Ilahi.
  2. Bulatan berwarna merah dan ditulis perkataan 'Persatuan Pegawai Syariah Malaysia' dalam bahasa Arab dan dikelilingi warna kuning serta dibawahnya ada perkataan 'Malaysia' dengan berlatar belakangkan warna merah bermakna pertubuhan ini diwujudkan di Malaysia dan Pegawai Syariah keseluruhannya dilantik Ulil Amri. Selain dari itu 'Bahasa Arab' tidak dapat tidak mesti diketahui oleh setiap Pegawai Syariah. Penubuhan ini juga dikenali dalam bahasa Inggerisnya sebagai Syariah Officers Association.
  3. Lambang pertubuhan ini berasaskan warna kuning ditengah-tengahnya yang memberi erti bahawa Kedaulatan Kuasa yang telah diamanahkan oleh ulil amri tetap utuh dan terpelihara.
  4. Kedua-dua belah tepi diletakkan lambang bunga padi sebanyak 14 buah iaitu mengikut empat bilangan negeri-negeri yang terdapat Mahkamah Syariah di dalamnya. Bunga padi itu berwarna kuning membawa erti pertubuhan ini berharap kebahagiaan menurut ajaran Islam dapat ditegakkan. Ini sesuai dengan motto Mahkamah Syariah iaitu 'Syariah Asas Keadilan.'

 

 

 

Home ]

Send mail to ppsm2000@yahoo.com with questions or comments about this web site.
Copyright © 2001 PERSATUAN PEGAWAI SYAR'IAH MALAYSIA
Last modified: August 06, 2005