[Company Logo Image]

Home Up

Berita
Sejarah ] Logo ] Ahli ] Organisasi ] Jasamu dikenang ] AJK  04 -05 ] AKTIVITI  2004 - 05 ] Pautan Utama ] Akhbar ] Suara PPSM ] Contents ]

 

 

Home
Up

e-syariah dilaksana sepenuhnya 2005

SHAH ALAM 8 Sept. - Kerajaan akan melaksanakan sepenuhnya Program e-syariah yang menghubungkan beberapa jabatan yang terbabit dalam pengurusan kes Mahkamah Syariah menjelang 2005.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman berkata, pelaksanaan itu bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan kes-kes syariah di seluruh negara.

Beliau memberitahu, jabatan-jabatan terbabit ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri.

``Kita menjangka pelaksanaan sepenuhnya aplikasi elektronik ini dua tahun lagi dan bila berjalan sepenuhnya, masyarakat Islam dan pengamal undang-undang lebih mudah menguruskan kes dan menyemak kes-kes baru,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Pegawai-Pegawai Syariah Kali Ke-5 di Hotel Grand Blue Wave, di sini, hari ini.

E-syariah yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 7 Februari lalu menelan kos RM39 juta, dijangka dapat mengelak kelambatan penyelesaian dan pertindihan kes antara negeri-negeri.

Terdahulu dalam ucapannya, Samsudin berkata semua mahkamah syariah di negara ini dibekalkan dengan kelengkapan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) bagi pelaksanaan e-syariah. Katanya, kewujudan portal e-syariah dapat membantu orang ramai dan pengamal undang-undang mendaftar dan menyemak semua kes secara talian.

``Mahkamah Syariah juga perlu menyegerakan pelaksanaan sistem pengurusan kaunter berpusat serta sistem pejabat hadapan dan belakang untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat Islam yang berurusan dengan mahkamah itu,'' ujarnya. Beliau menggesa para pegawai syariah menguasai bahasa Arab dan Inggeris untuk membolehkan mereka meneliti kes-kes yang rumit.

Katanya, penguasaan bahasa Arab dapat membantu mereka mengupas dalil-dalil berasaskan al-Quran dan Hadis lebih mendalam dan terperinci. Pada majlis yang sama Samsudin menyampaikan sijil MS ISO 9002 kepada enam mahkamah syariah iaitu Kelantan, Johor, Perak, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan.

 

Home ] Up ]

Send mail to ppsm2000@yahoo.com with questions or comments about this web site.
Copyright © 2001 PERSATUAN PEGAWAI SYAR'IAH MALAYSIA
Last modified: August 06, 2005